| | |

[VIDEO] Netizen Gembira Melihat Mak Cik Lancar Bahasa Tamil Sambut Tetamu India Datang Beraya

Source: TikTok | @julianapija

Hari Raya Aidilfitri memang satu perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di serata dunia, termasuklah di Malaysia. Pelbagai persediaan dilakukan untuk menyambut kemeriahan ini, dan satu daripadanya adalah amalan ziarah menziarahi rumah-rumah tetangga.

Namun begitu, ada satu kisah menarik yang berbeza dari yang lain. Ia melibatkan seorang wanita yang mahir berbahasa Tamil ketika menjemput jirannya yang berbangsa India datang beraya.

Seronoknya melihat jiran India mampir ke rumah!

Dalam video yang tular itu, kita dapat menyaksikan seorang wanita sedang melayan tetamunya yang berketurunan India yang datang beraya ke rumahnya.

Wanita tersebut dengan lancar melafazkan perkataan dalam bahasa Tamil setelah jirannya itu tiba untuk beraya.

“Emak sangat gembira bila anak jiran India datang raya. Terus emak bercakap Tamil,” kata anak wanita itu di TikTok.

“Power lah! Dalam Islam menghormati tetamu itu amat dititikberatkan” – Netizen

Ketika video ini ditonton, netizen tidak terkejut melihat kebolehan wanita tersebut berbahasa Tamil dengan lancar, malah ramai yang kagum dengan sikapnya yang mesra melayan tetamu.

Pada masa artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.3 juta tontonan, 67.9 ribu suka, dan 2,196 komen di TikTok.

Berikut adalah beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen di TikTok:

Source : TikTok | @julianapija

Full Video :

@julianapija

Mak happy bila anak jiran India datang raya.Terus mak cakap Tamil☺️ #fyp #foryourpage #selamathariraya

♬ original sound – Juliana Pija – Juliana Pija

Similar Posts