· ·

“Janganlah ambil serius sangat tau, saya tak marah pun, tu muka saya cuak atau cemas.” – Datuk Siti Nurhaliza

Source: Instagram | @ctdk

Siti Nurhaliza menjelaskan situasi sebenar di belakang pentas Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza yang berlangsung pada Mac lalu.

Dia mengakui kejadian tersebut menjadi tular sehingga menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai. Siti menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak marah seperti yang didakwa tetapi hanya risau kerana monitor telinga tidak berfungsi.

“Bila baca komen, ala janganlah ambil serius sangat tau, saya tak marah pun. Itu muka saya cuak atau cemas. Anda boleh tengok berapa saat je LED itu terbuka dan saya kena menyanyi.

Bayangkan kalau ear monitor yang saya pakai tidak dibuka. Ear monitor sangat penting untuk seorang penyanyi mendengar suara dan muzik.

Saya tak marah pun, itu nada suara saya bagi memastikan ear monitor dibuka dengan segera dan berjalan secara profesional ke depan pentas, terus menghayati dan menghiburkan penonton.”

Dia juga memuat naik video asal untuk mengelakkan spekulasi dalam kalangan peminatnya.

“Saya muat naik video sebenar supaya tiada spekulasi lagi, saya pun benarkan video tersebut disiarkan dalam siaran Astro kerana saya tahu ada peminat yang mahu melihat situasi di belakang pentas.”

Siti mengakui setiap penyanyi berdepan dengan pelbagai cabaran dan pengalaman berbeza semasa persembahan atau konsert.

“Setiap persembahan atau konsert ada cabaran dan pengalaman, kena cekap dan pantas menangani. Saya sendiri ada pelbagai pengalaman di belakang pentas dalam konsert-konsert sebelum ini.

Suasana di belakang pentas ada 1001 cerita, hanya mereka yang bekerja sahaja yang mengetahui setiap debar memberikan yang terbaik, mengejar masa, memastikan semuanya tepat masa dan tentunya mahu semua hal teknikal sempurna.”

Sebelum ini, sebuah video pendek menunjukkan Siti menegur kru belakang pentas mengenai monitor telinganya yang tidak berfungsi beberapa saat sebelum tampil ke pentas. Reaksi tegas Siti dalam video itu menarik perhatian ramai, menunjukkan kesungguhan dan profesionalismenya.

Video :