| | |

Ayana Moon & Farah Lee minta rakyat Malaysia jangan terpedaya mengenai youtuber Kontroversi Korea

Source: Instagram | @farahlee_

Source: X | @ecaesarp

Baru-baru ini, ramai yang teruja dengan kisah seorang Youtuber terkenal dari Korea bernama Daud Kim. Dia telah memulakan tabung derma untuk membina sebuah masjid di negara itu.

Daud Kim menjadi tumpuan selepas dia memeluk Islam, tetapi beberapa kontroversi telah menghantui namanya. Ia termasuk dakwaan pelecehan seksual, menipu tentang keluarga, dan menggunakan agamanya sebagai bahan untuk konten media sosial.

Baru-baru ini, Daud Kim mengumumkan hasratnya untuk membangunkan masjid di Incheon dan membuka tabung derma. Namun, ramai netizen telah mempersoalkan niatnya berikutan kontroversi sebelum ini.

Seorang influencer terkenal dari Korea, Ayana Moon, memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati dengan kemungkinan penipuan yang boleh berlaku. Walaupun tidak menyebut nama Daud Kim secara langsung, amarannya memberi kesedaran tentang isu tersebut.

Selain itu, seorang aktivis media sosial, Farah Lee, juga menyertai dalam memberi amaran yang sama. Dia menasihatkan orang ramai agar tidak tergesa-gesa menyalurkan derma kepada akaun persendirian tanpa pengesahan yang kukuh.

“Sebagai individu, mengumpul sumbangan melalui akaun bank persendirian secara jelas adalah haram di Korea Selatan. Sekiranya ia dalah penipuan, hampir mustahil untuk mendapatkan semula dana anda.”

“Paling terbaru, individu tersebut memberitahu seorang wartawan JBTC, ‘Saya merancang untuk membina bangunan yang boleh digunakan untuk tujuan membuat ‘content’, mungkin dengan membina ruangan solat atau seumpamanya di dalamnya.”

Farah menegaskan bahawa mengumpul derma melalui akaun bank persendirian adalah haram di Korea Selatan. Dia juga menekankan bahawa usaha murni yang melibatkan pengumpulan dana awam sepatutnya dilakukan bersama NGO berdaftar untuk memastikan pengurusan dana yang telus dan audit dana yang tepat.

Photos :

Similar Posts