Seorang pemandu jadi cuak bila kena hadap angin kencang dan hujan lebat masa tengah drive dekat lebuhraya ke Pagoh
Source: TikTok | @anna0001114
Sebuah video baru-baru ini menjadi viral di TikTok, memaparkan seorang pemandu yang menghadapi detik-detik cemas ketika pemanduannya terganggu oleh angin lintang dan hujan lebat di lebuhraya.
Dalam hantaran @anna0001114 di TikTok, pengguna itu berkongsi bahawa ini adalah kali pertama dia melihat puting beliung bersaiz kecil. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di lebuh raya berdekatan Pagoh, Johor.
Dalam video itu, keluarga tersebut terlihat panik dan terganggu dengan angin kuat yang tiba-tiba berlaku. Pengguna itu berkata,
“Puting beliung kecil tapi memang takut kalau lalu depan-depan. Seram juga. Allah baru jentik sikit tu.”
Di ruangan komen, orang ramai berkongsi tip jika berhadapan dengan angin lintang seperti yang dialami oleh pemandu tersebut.
“Kalau berada di situasi sebagai co-pilot, cuba sedaya upaya untuk diam dan teruskan berzikir dan doa banyak-banyak dalam hati supaya pemandu tenang dan fokus untuk meneruskan pemanduan,” kata CikSeri.
“Angin lintang ni. Kawasan ini memang laluan angin,” kata Fluffy.
“Disarankan untuk diam dalam situasi macam ni. Kita jerit tak membantu pun. Diam je, pemandu tahu apa yang dia nak buat. Dan akan lebih berhati-hati kalau situasi tenang dan senyap,” nasihat seorang lagi pengguna.
Video :