| | |

Dua helikopter bertembung di udara dan jatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di Lumut, pagi semalam

Source: X | @bharianmy

Baru-baru ini, viral sebuah video yang menunjukkan dua helikopter yang dilaporkan bertembung di ruang udara dan jatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Kedua-dua helikopter tersebut sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan pada 3 hingga 5 Mei ini.

Menurut laporan Berita Harian, 10 orang menjadi mangsa tragedi tersebut, termasuk tujuh kru dan tiga penumpang yang kesemuanya dilaporkan meninggal dunia.

Kedua-dua helikopter, yang merupakan model HOM dan Fennec, berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi tadi.

Dari video yang tersebar, kedua-dua helikopter dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut. Akibat daripada pertembungan tersebut, kedua-dua pesawat itu kehilangan kawalan dan terhempas.

Helikopter model HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala helikopter model Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Kedua-dua pesawat dilaporkan membawa empat kru dan tiga penumpang untuk HOM (M503-3), serta tiga kru untuk Fennec.

Video :

Similar Posts