Jemaah OKU jejakkan kaki di Tanah Suci, Sebakkan Hati Banyak Orang
Source: @umrahandalusiadotcom (TikTok)
[VIDEO] “Sampai di Hadapan Kaabah” – Jemaah OKU Menjejak Tanah Suci, Menyentuh Hati Banyak Orang Sebagai umat Islam, kita haruslah bersyukur dengan kesihatan dan keupayaan yang diberikan oleh Allah SWT. Tidak semua individu dilahirkan dengan kesempurnaan yang sama, ada yang menghadapi cabaran yang lebih besar dalam kehidupan mereka.
Namun demikian, sebagai umat Islam, itu tidak menghalang sesiapa pun daripada memenuhi panggilan untuk menyambut kedatangan ke rumah Allah SWT.

Baru-baru ini, sebuah video menunjukkan ketibaan jemaah OKU ke tanah suci telah menyentuh hati ramai.
Ketika mereka berada di depan Kaabah

Dalam video tersebut, seorang mutawif nampak membimbing sekumpulan jemaah OKU ke kawasan Kaabah. Namun, momen yang paling menyentuh hati adalah apabila mereka tiba di hadapan Kaabah, mutawif terlihat terharu dan mengingatkan mereka tentang anugerah yang diberikan oleh Allah SWT.
Jemaah OKU juga kelihatan terharu ketika mereka bersama-sama mengaminkan doa yang dibaca oleh mutawif sebelum memulakan ibadah tawaf.
“Jemaah sekalian, kita semua berada di hadapan Kaabah, Allahuakhbar!” ujar mutawif dengan penuh kesyukuran.
Video