| | |

[VIDEO] Jumpa Katak di Dalam Lemang Separuh Dimakan – “Berhati-Hati Lepas Ini”

Source: Facebook

Belum genap sebulan Syawal, tetapi berbagai kejadian telah berlaku.

Kejadian terbaru ini melibatkan makanan. Kebersihan makanan adalah penting dan harus dijaga dengan rapi. Bagi peniaga, kualiti dan kebersihan makanan yang dijual merupakan aspek yang amat penting.

Image via Facebook

Jika makanan yang dijual sedap dan bersih, pasti pelanggan akan merasa puas. Oleh itu, kebersihan makanan adalah sesuatu yang tidak boleh diambil mudah.

Baru-baru ini, seorang lelaki terkejut apabila menemui seekor katak di dalam sebatang lemang yang telah dibelinya.

Terkejut Mendapati Katak Selepas Separuh Lemang Dimakan

Menerusi video yang dikongsi di Facebook, seorang individu berkongsi pengalaman yang tidak disangka-sangka ketika sedang menikmati makanannya.

Dikatakan bahawa dia telah membeli lemang dari sebuah kedai dan membawanya pulang untuk dimakan. Namun, ketika sedang asyik makan, dia terperasan seketul benda berwarna hitam.

Selepas diselidik, ternyata ia adalah seekor katak yang telah hangus dan terperangkap di dalam lemang tersebut.

“Allahuakbar..MashaAllah selalu dengar orang cerita makan lemang katak tapi akhirnya awak terkena juga.

“Dah makan nak habis sebatang hujung-hujung jumpa katak,” tulisnya.

Similar Posts