| | |

[VIDEO] ‘Puluh-Puluh Ribu Ringgit Kerja Sebulan, Ke Mana Semua Duitnya..11 Orang Tu Ke?’ – DSV Penjelasan dari Aliff Aziz

Source: Facebook

Walaupun episod demi episod berlalu, kontroversi yang melibatkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz masih terus berlanjutan hingga kini.

Walau bagaimanapun, selebriti tersebut masih enggan membuat sebarang kenyataan meskipun imejnya semakin tercalar.

Terbaru, usahawan sensasi Datuk Seri Vida turut menyuarakan pendapat mengenai isu kewangan aktor tersebut.

Melalui video yang dimuat naik di TikTok, Vida atau Hasmiza Othman mempertanyakan keadaan kewangan Aliff.

“Sarah cakap Aliff 2019 tak ada rumah, tak boleh balik rumah. Kenapa rumah bini tak boleh balik tapi merempat duduk merata sana sini. Duit kau pergi mana? Job ada selalu Astro bagi.

“Usahawan berusia 52 tahun itu turut mendakwa Aliff menerima banyak tawaran terutama selepas kemenangannya di pentas Gegar Vaganza 8.

“Puluh-puluh ribu sebulan Astro bagi job, anak emas Astro ni. Tapi duit pergi mana? Juara Gegar Vaganza dulu, duit sah sah dapat RM100 ribu, dapat job mingguan lagi.

“Tapi yang saya nak tahu tentang duit, kan job tak pernah putus. Bagi dekat siapa? 11 orang tu ke?

“Saya ini melihat dari segi kewangan, sila jawab. Saya nak tahu.”

Dalam ruangan komen, ramai warganet bersetuju dengan persoalan yang dikemukakan oleh Vida terhadap Aliff.

Terdahulu, ‘kekasih gelap’ Aliff iaitu Sarah Yasmine telah membuat pendedahan selepas kontroversi Aliff ditangkap berkhalwat dengan Ruhainies. Sarah mendakwa aktres tersebut telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan isterinya Bella Astillah, dengan mengatakan bahawa dia mempunyai bukti yang menyokong dakwaannya.

Beberapa nama artis lain juga turut disebut terpalit dalam pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen, dan Anna Jobling.

Video :

Similar Posts