| | |

PMX umum gaji penjawat awam akan dinaikkan sebanyak 15 peratus bermula 1 Disember ini.

Source: Bernama.com

Berdasarkan laporan Berita Harian, Perdana Menteri menyatakan bahawa kenaikan gaji terbesar sebelum ini adalah 13 peratus, tetapi Kerajaan Madani akan memastikan kenaikan kali ini melebihi daripada itu.

“Untuk tahun depan, bila kita mula laksanakan, ia akan mencecah lebih RM10 bilion, kerana jumlahnya agak besar dan kenaikannya agak lumayan.. dan ini adalah kenaikan paling baik dalam negara.

“Kita juga akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya,” katanya.

Beliau menyampaikan ucapan ini sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 bertemakan Pekerja KESUMA Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Kerajaan akan memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.

“Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.

“Di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan, kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan,” katanya

Anwar menjelaskan kenaikan gaji kepada penjawat awam tertentu boleh dikecualikan jika tidak menunjukkan prestasi membanggakan.

“Kalau rekod pekerjannya tak membanggakan, malas, sering lambat dan tidak beri tumpuan yang baik, tidak layak diberi ganjaran (kenaikan gaji) seperti yang dijanjikan kerajaan.

“Ini tanggungjawab kita bersama baik persatuan, rakan di jabatan untuk pastikan dua, tiga orang yang lembap ini biar dia kekal di jawatan sama selama-lamanya,” katanya.

Video

Similar Posts