[VIDEO] ‘Adakah Ini Petanda Seseorang yang Mahu Bercerai? Buat Penilaian Sendiri’ – Didi Astillah
Sumber: Didi Astillah
Didi Astillah baru-baru ini menyuarakan rasa kesalannya setelah mengetahui bahawa abang iparnya, Aliff Aziz, muncul dalam sesi podcast bersama TheCommonFolks SG pada Khamis, bersama Ruhainies. Menurut Didi, dia merasa kecewa dengan tindakan Aliff yang didakwa memberikan kenyataan tidak benar mengenai perkahwinannya dengan kakaknya, Bella Astillah, hanya untuk melindungi Ruhainies.
Hingga hari ini, kasut itu masih belum digunakan

Dalam perkembangan terkini, Didi berkongsi video di mana kakaknya, Bella Astillah, terus melakukan tindakan romantik terhadap abang iparnya. Dalam video yang dikongsikan, Bella kelihatan membalut hadiah kasut untuk diberikan kepada Aliff sempena ulang tahunnya yang baru-baru ini berlalu. Didi menceritakan bahawa kakaknya juga membeli sepasang kasut yang sama untuk dipakai bersama, tetapi kasut tersebut masih belum digunakan hingga kini.
Didi berkata, “Adakah ini petanda seseorang yang memang mahu bercerai seperti kak long ini? Kak long berusaha untuk ulang tahun abang dengan membeli kasut yang sama. Hingga hari ini, kasut itu tidak digunakan langsung. Buat penilaian sendiri.”
Sebelum ini, Didi juga menjelaskan bahawa perlakuan Aliff terhadap Bella hanya bersifat sementara, dan sikap Aliff mulai berubah selepas terlibat dalam penggambaran bersama NRF.
Video
https://www.instagram.com/reel/C6g2AwhyDyv/?utm_source=ig_web_copy_link