| | |

[VIDEO] Cik B dapat Brabus G63 Sempena Ulang Tahun, Ucap Terima Kasih Kepada Dato Sri Vida – ‘Tak Boleh Beli Tanpa Mama’

Sumber: TikTok | Cik B

Cik B, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida, menarik perhatian apabila berkongsi momennya membeli sebuah kereta mewah di pusat ‘showroom’ kereta.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, ketibaan Cik B bersama ibunya, Vida, dan adik lelakinya, Kacak, dinantikan oleh beberapa orang pekerja.

Satu kereta mewah yang dilapik dengan kain hitam dan dihiasi dengan belon turut terdapat di halaman ‘showroom’ tersebut.

Selepas itu, beberapa orang pekerja ‘showroom’ menanggalkan kain hitam tersebut dan kereta mewah yang dibeli Cik B, iaitu jenis Brabus G63 berwarna hitam, kelihatan jelas.

Dalam pada itu, Cik B menyampaikan ucapan terima kasih kepada ibunya, Vida, kerana menjadi sokongan utamanya sehingga berjaya membeli kereta mewah tersebut sempena hari jadinya.

Bulan Mei adalah bulan kelahiran Cik B, yang jatuh pada 19 Mei, dan dia membeli Brabus Original sempena ulang tahunnya.

“Terima kasih mama, saya tidak dapat membelinya tanpa mama. Alhamdulillah, saya diberi ibu yang hebat, bijak, comel, dan cantik,” katanya.

Video : 

Similar Posts