· · ·

Faisal menjalani pembedahan lagi dua hari lepas dan semuanya berjalan baik. Dia kini semakin pulih

Sumber: @BuletinTV3

Perkembangan positif telah dirakam dalam kes pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kecederaan akibat serangan asid. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, mengesahkan bahawa proses pembedahan kedua Faisal semalam berjalan lancar dan keadaannya semakin baik.

“Alhamdulillah, pembedahan kedua berlangsung malam tadi selama tiga jam. Saya dimaklumkan oleh pakar bahawa perkembangan amat positif. Terima kasih atas doa dari seluruh komuniti dan rakyat Malaysia.

Pagi ini, saya diberitahu bahawa Faisal sudah boleh makan dan mula menunjukkan kemahuan untuk kembali melakukan latihan biasa bola sepak. Bagi saya, ini merupakan perkembangan yang sangat membanggakan kerana dia menunjukkan semangat yang tinggi,” katanya.

Dalam temu bual tersebut, Datuk Seri Shahril juga menyatakan bahawa ini merupakan pembedahan kedua bagi pemain kebangsaan itu, dan seterusnya dia dijangka menjalani pembedahan ketiga dan keempat.

VIDEO :