[VIDEO] Jovian Mandagie Menamatkan Sementara Perusahaan Selepas 17 Tahun Beroperasi, Akan Mengadakan ‘Clearance Sale’ Untuk Pelanggan
Sumber: Instagram Jovian Mandagie
Pencipta fesyen ternama negara, Datuk Jovian Mandagie dengan sedihnya akan menamatkan perniagaannya selepas hampir 17 tahun berkecimpung dalam industri fesyen.
Pengumuman tersebut dibuat oleh pengasas Jovian sendiri melalui satu hantaran di Instagram Story (IG).
Selama 17 tahun berada dalam arena fesyen bersama jenama Jovian, saya telah diberi peluang untuk mencipta fesyen bagi golongan elit dan diraja di serata dunia.
Walau bagaimanapun, seiring dengan berlalunya masa, saya sedar bahawa saya perlu mencari perubahan untuk mengejar aspirasi yang lebih mendalam.
Industri fesyen sentiasa berubah, dan saya sendiri telah bertransformasi dari seorang pereka fesyen menjadi seorang usahawan.
Dengan itu, saya telah membuat keputusan untuk menutup perniagaan Jovian buat sementara waktu, dan ini akan dilakukan dalam masa dua minggu.
Dalam usaha menghargai sokongan para pelanggan yang setia kepada jenama saya, saya akan mengadakan ‘clearance sale’.
Saya mengalu-alukan anda semua untuk datang membeli-belah dengan jenama kami untuk kali terakhir sebelum penutupan sementara ini.
Sokongan anda sepanjang 17 tahun adalah anugerah yang terbesar kepada jenama Jovian.
Walau bagaimanapun, Jovian tidak menutup kemungkinan bahawa jenama fesyennya akan kembali memeriahkan industri fesyen negara suatu hari nanti.
Adakah kami akan kembali? Tentu (akan kembali), dengan ‘comeback’ yang lebih hebat dan cemerlang, insya-Allah.
Kami memohon doa anda, dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan perniagaan jenama Jovian.
Video :
https://www.instagram.com/reel/C6wAyzQvnUy/?utm_source=ig_web_copy_link