| | |

Lari Tinggalkan Maggi Tengah Masak, Geng Paranormal Sedih Jumpa Wanita Hidup Di Bangunan Terbengkalai

Sumber: Tiktok | @eijanaziz

Tempat berteduh merupakan perkara paling asas di dalam kehidupan seseorang manusia. Namun, bukan semua orang bernasib baik untuk memilikinya walaupun sudah berada di zaman serba canggih ini.

Baru-baru ini, sekumpulan pemburu paranormal telah berkongsi video yang memperlihatkan mereka melakukan eksplorasi sebuah bangunan yang dipercayai berhantu di Perak.

Di dalam video itu, mereka secara kebetulan menemui sebuah bilik yang dipenuhi barang kepunyaan seseorang termasuklah seperiuk maggi yang baru dimasak. Dengan ini, ia memberi petunjuk bahawa wujud seseorang yang mendiami di dalam bangunan tersebut.

Selain menjumpai tilam dan bagasi, mereka turut menemui nota tulisan tangan yang dipercayai dimiliki oleh seorang wanita.

Menerusi surat yang dijumpai, wanita itu mengalami masalah rumah tangga yang menyebabkan dia meninggalkan rumahnya. Jadi, dia pilih mencari ketenangan di tempat itu.

Kumpulan itu cuba mengenal pasti wanita itu tetapi gagal kerana dia telah bersembunyi. Terharu dengan kisahnya, mereka lalu meninggalkan wang berjumlah RM150 untuk dia pulang ke kampung halamannya dan berharap mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Dalam pada itu, pemilik video turut mendoakan kebaikan untuk wanita itu dan berharap agar terus kuat untuk menghadapi dugaan hidup.

@eijanaziz

Siapa pun insan tu..semoga awk tbh dn kuat tau…Sama²lh kita smua doakan kebaikan untknya..Aamiin .#tigerlabu #fyp #fypシ

♬ Sad and lonely – MoppySound
@eijanaziz

Replying to @jejakapengejarimpian #tigerlabu #fyp #fypシ

♬ Sedih Galau – Ercandra

Similar Posts