[VIDEO] Sebabkan Panas & Haus Orang Utan Selamba Ambil Minuman Di Kafe Sandakan
Sumber: Youtube
Seperti yang diketahui ramai, pusat pemulihan Orang Utan terletak di Sepilok, Sandakan. Tempat ini terbuka untuk lawatan orang awam di mana pelbagai jenis Orang Utan boleh dilihat.
Baru-baru ini, sebuah video di Facebook menjadi tular yang menunjukkan seekor Orang Utan dengan selamba mengambil air minuman di salah sebuah kafe di pusat pemulihan Sepilok.
Orang Utan tersebut terlihat datang ke kafe dan terus menuju ke peti ais untuk mengambil minuman. Ini disebabkan cuaca yang sangat panas membuatkan Orang Utan itu kelihatan haus dan menghabiskan air yang diambil.
Tindakan Orang Utan tersebut yang kelihatan bijak menarik perhatian orang ramai. Salah seorang pekerja di pusat pemulihan Orang Utan turut berkongsi, “Due to the extremely hot weather today, an unexpected guest dropped-by at the Keruing Cafe in RDC Sepilok, and helped himself selectively with whatever found in the fridge and left without paying!”
Video :