· · ·

Ruhainies Dedah Ibu Garang, Rampas Telefon Kalau Mesej Dengan Lelaki – ‘Kalau Kawan Lelaki Nama Faiz, I Letak Nama Faizah’

Sumber: Hlive

Pelakon popular Ruhainies berkongsi tentang sifat tegas ibunya dalam satu sesi temu bual program hiburan. Menurut Ruhainies, dia adalah anak yang paling nakal dalam lima beradik. Ibunya akan merampas telefon bimbitnya jika dia bermesej dengan lelaki.

“Dulu kalau dia dapat tahu saya mesej dengan lelaki, dia akan rampas telefon. Kalau kawan lelaki nama Faiz, saya akan tukar jadi Faizah. Pernah juga balik rumah, tiba-tiba ada teddy bear dan bunga besar dekat depan rumah. Saya kena pukul sebab dapat teddy bear tu. Dia tanya macam mana lelaki boleh tahu alamat rumah saya. Dia memang garang,” kata Ruhainies.

Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi bualan hangat apabila dia dan Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah di ibu kota. Kejadian ini membawa kepada isteri Aliff, Bella Astillah, memfailkan cerai secara ekspres pada 13 Mac, tetapi Aliff enggan menceraikannya.

Kemelut semakin rumit apabila seorang wanita bernama Sarah Yasmine muncul dan mengaku sebagai kekasih Aliff, mendakwa mereka telah menjalin hubungan sejak Januari lalu. Sarah turut mendedahkan tangkapan skrin perbualan antara Aliff dan Ruhainies yang merancang untuk menjatuhkan Bella.

Tidak lama kemudian, Ruhainies membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella melalui Instagram, berharap dapat menamatkan perselisihan antara mereka.

Selepas itu, Aliff tampil dalam podcast The Common Folks SG, menceritakan kronologi kejadian yang melibatkan Bella, Ruhainies, Sarah Yasmine, dan Muaz Zabir.


Video :

https://www.instagram.com/reel/C60_x4mvrGd/?utm_source=ig_web_copy_link