Ibu Bapa Bawa Anak Beli Gelang Untuk Hadiah Hari Guru – “Bertuahnya Cikgu Dia”
Sumber: TikTok | @nurashikindin
Sambutan Hari Guru diadakan setiap 16 Mei untuk menghargai guru dan mereka yang bergelar pendidik.
Kebiasaannya, ia disambut di sekolah-sekolah sebagai tanda penghargaan kepada jasa mereka. Pada masa inilah murid-murid mengambil peluang untuk memberikan hadiah kepada guru kegemaran mereka.
Namun, lain pula ceritanya dalam sebuah video di TikTok yang memaparkan ibu bapa membelikan hadiah gelang buat guru-guru anak mereka yang telah mencuri perhatian ramai.
Belikan Gelang Habib Jewels Sempena Hari Guru
Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita bersama suaminya membawa anak mereka membeli gelang. Difahamkan, ia adalah sempena Hari Guru yang bakal tiba. Mereka membeli 10 gelang untuk dihadiahkan kepada guru-guru anak mereka.
Video itu mendapat perhatian ramai, dan ada yang memuji pemberian mereka yang dianggap mahal.
Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan reaksi terkejut selepas melihat hadiah yang akan diberikan kepada guru-guru tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 893.3K tontonan, 21.3K likes dan 1,029 komen di TikTok.
Video :