| | |

Kucing Kena Cukur & ‘Conteng’ Corak Pada Bulu Bikin Netizen Terkejut

Sumber: TikTok | @farahilanizahari

Biasanya kita melihat kucing diberi dandanan untuk kemasan, tetapi kali ini ada individu yang menggayakan kucing dengan cara yang unik dan luar biasa.

Baru-baru ini, seorang pendandan kucing menerusi TikToknya menunjukkan bagaimana seekor kucing didandan dengan corak unik pada bulunya.

Dalam video tersebut, wanita itu melakar lukisan rama-rama sedang duduk di atas ranting menggunakan pewarna khas pada bulu belakang kucing tersebut. Pelbagai warna digunakan untuk menjadikannya lebih vibran dan menarik.

Selain diwarnakan, wanita itu juga memotong bulu di bahagian corak untuk memberikan efek yang lebih hidup. Hasilnya memang unik dan cantik dilihat, malah ini merupakan sesuatu yang baharu di Malaysia.

Video itu menarik perhatian ramai netizen yang kebanyakannya terkejut dan ingin tahu lebih lanjut mengenai dandanan unik tersebut.

Wanita itu menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh netizen. Mengenai pewarna yang digunakan, dia menjelaskan bahawa pewarna tersebut memang selamat digunakan dan tidak akan menyebabkan sebarang kesan negatif kepada kucing.

Ini termasuk bulu yang dijilat kucing juga tidak berbahaya kerana pewarna tersebut direka khas dengan gred makanan.

Walaupun corak ini tidak kekal dan hanya bertujuan untuk kecantikan semata-mata, teknik dandanan sebegini sudah lama tersedia di luar negara dan kini baharu diperkenalkan di Malaysia.
Video :

Similar Posts