| | |

Netizen Geram Tengok Budak Rohingya Campak Kek Batik Sarawak Orang Bagi

Sumber: TikTok | @sapimonyanyoo_3

Pada akhir bulan April lalu, tular kisah seorang budak perempuan Rohingya yang melakukan kekasaran di sebuah kedai.

Terbaru, budak yang sama mengundang rasa kurang senang netizen apabila dia membuang kek batik Sarawak yang diberikan oleh seorang wanita.

Menerusi video yang dimuat naik oleh TikTok @sapimonyanyoo_3, budak perempuan itu datang mengetuk tingkap kereta dan pemandu membukanya.

Seperti ayam bercakap dengan itik, budak Rohingya tersebut menyebut ‘makan’ lalu menunjukkan sebuah bekas berisi potongan kek batik Sarawak.

Apabila pemandu kereta memberikan kek itu kepadanya, budak perempuan tersebut meluahkan dan membuang kek ke atas jalan.

“Heii jangan buang, mahal tau,” respon wanita itu selepas terkejut melihat tindakan budak Rohingya tersebut.

Wanita itu pun menutup tingkap, enggan terus melayan budak Rohingya berkenaan. Hantaran video itu mendapat lebih 3 juta tontonan dalam tempoh dua hari.

Ramai yang memberi respon menegur wanita itu untuk tidak ‘berani’ melayan budak Rohingya, bimbang diapa-apakan.
Video :

Similar Posts