| |

Kumpulan Lelaki Bertopeng tegur Influencer M’sia Beri Keperluan Asas Percuma Daripada iPhone 

Sumber : Tiktok @xyzteamproject

Sekumpulan lelaki bertopeng misteri muncul tiba-tiba di Bukit Bintang dan Puchong baru-baru ini. Apa agenda mereka? Mengagihkan makanan percuma seperti ayam dan telur kepada orang ramai.

Dengan harga bahan makanan yang mahal, mendapatkannya secara percuma memang sangat membantu dan lelaki bertopeng ini memberi jaminan bahawa mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan. Dalam hantaran TikTok mereka @xyzteamproject baru-baru ini, kumpulan ini berkata mereka perhatikan satu fenomena yang sering berlaku dalam talian oleh influencer Malaysia – memberikan iPhone percuma di media sosial.

Walaupun kumpulan ini tidak menafikan kebaikan influencer tersebut, mereka percaya bantuan itu boleh diberikan dalam bentuk lain.

“Lebih baik fokus kepada keperluan asas. iPhone yang harganya ribuan ringgit hanya boleh membuat seorang gembira.”

Bagi kumpulan ini, ia semua berkaitan dengan nilai dan kegunaan benda yang diberikan kepada orang ramai.

“Jika iPhone digantikan dengan sesuatu yang lebih bermanfaat, ia boleh membuat ratusan orang gembira.”

Selain telur dan ayam mentah, kumpulan ini baru-baru ini melawat kawasan perumahan di Taman Medan, PJ untuk memberikan makanan laut percuma – Ikan Siakap. Kita semua tahu betapa mahalnya makanan laut sekarang, terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Penduduk kelihatan menerima ikan percuma dalam video TikTok terbaru kumpulan ini, serta beras percuma kepada penduduk di kawasan lain. Dengan kos yang dibelanjakan untuk pemberian ini, kumpulan ini tidak mengharapkan apa-apa balasan dan memastikan orang ramai tidak melabel mereka sebagai influencer atau selebriti.

“Kami bukan influencer, kami bukan selebriti. Kami bukan sesiapa.”

Sehingga kini, kumpulan lelaki bertopeng ini belum mengumumkan destinasi seterusnya. Walau bagaimanapun, kami gembira melihat ada rakyat Malaysia yang keluar dari zon selesa mereka untuk membantu yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan.

Apa lagi yang anda ingin lihat kumpulan lelaki bertopeng ini agihkan?

Video :

@xyzteamproject

Kami menyeru kepada influencer dan mereka yang berpengaruh di sosial media.

♬ original sound – XYZMISSION – XYZMISSION


Similar Posts