| |

“Ustaz Rasa Mereka Selesa Ke?” – Setahun Belajar di Lantai, ADUN Tegur Wakil JAIM

Sumber : Tiktok @drakmalsaleh

Baru-baru ini, tular video Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh, berang di sebuah sekolah agama di Melaka.

Insiden itu berlaku setelah beliau mendapati murid-murid di sekolah tersebut tidak mempunyai meja dan kerusi untuk belajar.

Lebih mengejutkan, beliau mendapat tahu murid-murid berkenaan telah setahun belajar di atas lantai.

Mengamuk dengan Sikap Sambil Lewa JAIM

Dalam video tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menjelaskan bahawa peruntukan bagi membeli kerusi dan meja telah diperolehi JAIM pada akhir tahun lalu.

Difahamkan, seorang wakil JAIM memberitahu bahawa perolehan dari bahagian kewangan kerajaan negeri belum diterima sehingga kini.

Hal ini membuatkan beliau marah dan menyelar tindakan lambat pihak JAIM dalam menangani isu tersebut.

“Setahu saya peruntukan sudah dapat Disember tahun lepas lagi, kenapa sampai sekarang tidak dapat lagi peruntukan untuk membeli kelengkapan ini. Kesian anak-anak, ustaz tak kesian ke tengok anak-anak ni.

“Nak ambil masa berapa bulan lagi, ini sudah bulan lima. Kalau peruntukan tidak dapat lagi saya tahu la, ini sudah lama dapat,” katanya.

Beliau turut menghubungi seorang pegawai atasan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peruntukan yang diberikan.


Video :

@drakmalsaleh

Tidak boleh saya terima apabila anak2 kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja & kerusi Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya #drakmalsaleh

♬ The Champion – Lux-Inspira

Similar Posts