| |

Daiyan Trisha Nekad Batal Kontrak Dengan Semua Jenama Berkaitan Israel – “Saya Bersyukur”

Sumber : @daiyantrisha (Instagram)

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha, telah membuat keputusan drastik dengan membatalkan semua kontrak dengan jenama antarabangsa yang pro-Israel.

Selepas dikecam hebat oleh netizen dan tersenarai dalam #Blockout2024, Daiyan nekad mengambil tindakan tersebut dan mengambil berat teguran orang ramai terhadapnya.

“Saya bersyukur yang isu ini membawa kita semua kembali fokus kepada Palestine. Ini juga menjadi peringatan buat saya. Saya berharap kita semua akan terus berjuang untuk saudara-mara kita di Palestine. Saya akan terus menunjukkan pendirian saya,” katanya.

Enggan ulas tentang kerugian dan penalti selepas membatalkan kontrak

Menurut laporan mStar, Daiyan berkata perkara itu tidak dapat didedahkan kerana melibatkan beberapa jenama berbeza.

Beberapa hari lalu, Daiyan telah berkongsi empat resit sumbangannya untuk Palestin yang mencecah RM100,000. Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah melupakan mereka yang berada di Palestin.

Similar Posts