| |

Harimau Belang Maut Dirempuh Kereta Di LPT – “Tak Sanggup Nak Tengok, Kesiannya”

Sumber :  @HezeriSamsuri (X)

Baru-baru ini tular, seekor harimau belang jantan mati selepas dirempuh kereta di Kilometer 50.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Menerusi rakaman dashcam, kejadian berlaku semasa harimau itu melintas di LPT berdekatan Lentang menghala ke Kuala Lumpur.

Kawasan di situ sangat gelap sehingga pemandu tidak nampak harimau tersebut. Pemandu juga terkejut apabila terdengar bunyi hentakan yang sangat kuat.

Harimau maut di tempat kejadian

Harimau itu dilihat terbaring dan tidak bergerak. Kereta yang merempuh harimau berkenaan turut mengalami kerosakan.

Sedihnya, berkurang lagi harimau belang di Malaysia.

Sumber :  @HezeriSamsuri (X)
Sumber :  @HezeriSamsuri (X)
Sumber :  @HezeriSamsuri (X)

Similar Posts