· ·

Lelaki Rakus Curi Pakaian Dalam Wanita Kantoi Dalam CCTV – “Ini Namanya Penyakit Jiwa”

Sumber : X | @updateinfo

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman CCTV di laman aplikasi X yang menunjukkan seorang lelaki mencuri pakaian dalam wanita.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @update11111, kelihatan lelaki tersebut memberhentikan motosikalnya di belakang sebuah rumah pada waktu malam.

Dia dilihat menoleh ke sekeliling untuk memastikan tiada orang yang nampak sebelum mencuri pakaian dalam wanita yang disidai di ampaian.

Selepas itu, dia dengan pantas ‘merembat’ satu set pakaian dalam wanita dan terus kelam-kabut meninggalkan kawasan rumah tersebut.

Ada yang berpendapat lelaki tersebut gila seks, manakala ada juga yang fikir mungkin dia nak jual di kedai bundle.

Susulan tularnya video itu, netizen pun memberikan pelbagai reaksi mengenainya.