· ·

[VIDEO] ‘Buat Sesuatu Itu Dengan Betul Berserta Ilmu’ – Hazeman Huzir Tegur ‘Terpaling’ Netizen

Sumber : TikTok | @hazemanhuzir

Hazeman Huzir, seorang pengacara dan pempengaruh, memberikan pandangannya tentang gerakan #Blockout2024 yang sedang hangat dibincangkan oleh wargamaya di Malaysia.

Bagi Hazeman, dia memang menyokong gerakan tersebut, tetapi dia merasa ada segelintir wargamaya yang kurang faham tujuan sebenar gerakan ini.

Menurutnya, tujuan sebenar gerakan ini ialah untuk menghalang akaun-akaun yang disyaki menyokong pihak Zionis agar tidak mendapat ‘engagement’ yang tinggi.

Hazeman menjelaskan bahawa dengan meninggalkan komen negatif pada akaun tersebut, kita sebenarnya memberikan lebih banyak ‘engagement’.

Gerakan #Blockout2024 sepatutnya untuk mengelakkan brand-brand yang menyokong Zionis daripada mendapat perhatian dan populariti.

Tetapi, kenapa beberapa netizen masih perlu membanjiri akaun orang dengan kata-kata kasar?

Hazeman menasihati agar sebelum membuat sebarang komen negatif, wargamaya perlu melakukan penyelidikan terlebih dahulu.

Dia mencontohkan bahawa beberapa pempengaruh yang selalu membicarakan isu-isu Palestin pun turut kena block, tanpa membuat kajian terlebih dahulu.

Janganlah kita terlalu mudah melabel seseorang sebagai penyokong Zionis tanpa bukti yang kukuh.

Hazeman menekankan pentingnya membuat sesuatu dengan betul dan berilmu. Hantaran beliau ini telah mendapat sokongan daripada majoriti netizen.
Video :

@hazemanhuzir

Disebabkan aku tau sesetengah yang akan faham ayat aku ikut pemahaman sendiri: “Ya aku setuju gerakan #blockout2024 ni dibuat sebagai refresher campaign”. Jelas kan?

♬ original sound – Hazeman Huzir – Hazeman Huzir