Program tak ada faedah dikecam netizen Isa Isarb Umum Program Hero Teladan Dibatalkan
Sumber : TikTok | @isaisaarb
Influencer terkenal, Isa Isarb mengumumkan pembatalan program yang diusahakannya, Hero Teladan selepas menerima kritikan daripada netizen.
Keputusan ini diambil setelah salah satu klip dari program tersebut menjadi viral di media sosial dan mendapat pelbagai respon dari netizen. Menjengah ke saluran YouTube milik Isa, cabaran tersebut telah berlangsung selama 46 hari.
Isa menjelaskan bahawa program ini sebenarnya adalah satu cabaran untuk mencari siapa yang mampu tinggal di sebuah rumah mewah selama 77 hari tanpa menggunakan telefon pintar masing-masing. Berikut adalah penerangan lengkap mengenai program ini:
“Program Hero Teladan adalah satu program di mana 12 orang akan tinggal di sebuah rumah mewah yang dipasang dengan kamera yang akan mengawasi mereka 24/7. Mereka akan diberikan pelbagai tugas untuk dilaksanakan. Program ini akan berjalan selama 77 hari. Setiap minggu pada hari Ahad, satu orang akan dikeluarkan. Orang yang bertahan hingga minggu ke-11 akan memenangi hadiah duit tunai sebanyak RM40,000.
Proses penyingkiran akan dilakukan melalui undian dari para peminat dan peserta di www.isarbvote.com. Untuk menunjukkan bahawa program ini bukanlah skrip atau rencana, kami akan menyiar secara langsung 24 jam keadaan rumah ini di saluran YouTube Cerita Hangat”.
Jadi, setiap episod akan menunjukkan bagaimana peserta-peserta itu menghabiskan masa bersama-sama untuk menamatkan cabaran ini.
Video :