[VIDEO] Sufian Suhaimi Berkawan Baik Dengan Rania Lagi?
Sumber : TikTok | @anginpergi
Tanpa diduga, satu video viral menunjukkan penyanyi, Sufian Suhaimi dikatakan keluar bersama bekas teman wanitanya, Rania Al Sadat.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, dua individu yang disangka Sufian dan bekas teman wanitanya itu kelihatan beratur untuk membeli makanan di tempat awam.
Lelaki yang dikatakan pelantun lagu “Menggenggam Bahagia” itu juga mengenakan pelitup muka.
Kehadiran mereka di tempat awam telah menimbulkan spekulasi di kalangan warganet tentang kemungkinan kembali bersatu.
Semoga hubungan mereka kekal kukuh.
Sudah kembali bersama?
Sebelum ini, Sufian telah mengesahkan bahawa hubungan cintanya dengan Rania telah berakhir pada bulan Mac yang lalu. Ini berikutan khabar angin bahawa mereka berdua tidak lagi mengikuti satu sama lain di Instagram.
Sebelum ini pada Oktober tahun lalu, Sufian juga telah menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania.