| |

“Biar betul, kecik lagi tapi dah main lagu Metallica”. Shuib ajar anak cara yang betul – Netizen

Sumber :  Instagram | @shuibsepathu

Shuib Kongsi Video Anak Sulung, Uwais Al-Qarni Belanja Goreng Gitar, Dapat Perhatian Ramai. Bukan Biasa-Biasa Kalau Dah Boleh Main Lagu Metallica Ni.

Anak sulung Shuib dan arwah Siti Sarah ini memang selalu curi perhatian netizen. Uwais, seorang yang hebat dalam dunia golf, dah banyak kumpul koleksi anugerah yang dimenanginya.

Rupanya selain berbakat dalam golf, Uwais juga pandai main alat muzik seperti gitar dan piano. Menerusi perkongsian terbaru Shuib di akaun Instagram beliau, Uwais dilihat tengah petik gitar.

Dalam video tersebut, Uwais memainkan lagu dari kumpulan OG, Metallica, bertajuk “Nothing Else Matters.” Petikan gitar dari Uwais ini membuatkan ramai netizen jadi makin excited dan memuji kebolehannya. Bukan biasa-biasa minat lagu Metallica ni.

Rata-rata warganet berpendapat ini adalah hasil bakat bermain alat muzik dari Shuib serta bakat menyanyi dari arwah Siti Sarah yang telah menurun kepada anak mereka. Ramai juga yang membuat permintaan untuk Uwais memainkan lagu kegemaran mereka.


Video :

https://www.instagram.com/reel/C7JlCTXv6O2/?utm_source=ig_web_copy_lin

Similar Posts