| |

[VIDEO] Ryzal Ibrahim Pergi Makkah Balik Hari – ‘Tak Sempat Buat Umrah, Hanya Dapat Beli Minyak Wangi Saja’

Sumber :  Instagram | @ryzalibrahim

Pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim, mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi pengalamannya pergi ke Makkah balik hari melalui hantaran di Instagram (IG).

Dalam hantaran tersebut, Ryzal meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat melakukan ibadah umrah. Menurut pemilik nama Nik Muhammad Ryzal Ibrahim ini, dia kekurangan masa kerana hanya mempunyai beberapa jam untuk transit di King Abdulaziz International Airport, Jeddah sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Malaysia.

Ryzal kini berada di Jeddah dan dalam perjalanan ke Makkah untuk membeli minyak wangi di Clock Tower sebelum kembali ke Jeddah.

“Sekarang jam sudah pukul 9 dan saya perlu berada di lapangan terbang pukul 1. Jadi, lebih kurang empat jam saja saya ada.”

“Dari London, nak buat umrah memang tak sempat dan hanya ada lebih kurang 30 minit saja.”

Suami kepada pempengaruh Korea Selatan, Maryam Younarae ini juga memberitahu dia memang berniat untuk melakukan umrah namun Allah tidak mengizinkannya kali ini.

“Insya-Allah lain kali kita datang, kita buat umrah.”

“Niat sudah ada untuk buat umrah dan sembilan jam sepatutnya cukup untuk buat umrah, tapi disebabkan Allah tak izinkan, maka tak jadi.”

“Semuanya atas izin Allah. Apa saja yang kita nak, kena minta dengan Allah. Tuhan punya perancangan adalah yang terbaik.”

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai dan menjadi bualan wargamaya di ruangan komen.

https://www.instagram.com/reel/C7LDMWDy-YB/?utm_source=ig_web_copy_link

Similar Posts