Dakwa Tak Dengar Azan Di Malaysia, Wanita Indonesia Dibidas Teruk Netizen Tempatan
Sumber : X | @mhmmdhsm
Malaysia memang terkenal sebagai negara Islam di mata dunia, dengan majoriti penduduknya beragama Islam. Jadi, logiknya masjid dan surau ada di merata tempat di seluruh negara, dan azan akan berkumandang bila masuk waktu solat.
Namun, seorang wanita dari Indonesia mendakwa dia tidak mendengar azan di beberapa negeri yang dilawatinya di Malaysia.
Dalam video yang dikongsi di media sosial, dia mengatakan telah mengunjungi Kuala Lumpur, Terengganu, dan Johor tetapi tidak mendengar azan di mana-mana tempat tersebut.
Dia juga mendakwa tidak melihat kewujudan masjid sepanjang perjalanannya ke tempat-tempat tersebut. Katanya, walaupun ada masjid besar di Kuala Lumpur dan Senai yang dijumpainya, dia masih kecewa kerana tidak mendengar azan seperti yang diharapkan.
Wanita tersebut menambah bahawa dia hanya mendengar azan melalui aplikasi Muslim Pro di telefon pintarnya. Dalam video lain, dia kelihatan menangis terharu mendengar azan sebaik tiba di negara asalnya.
Kenyataan wanita itu menarik perhatian netizen Malaysia, yang rata-ratanya membidas dakwaannya kerana memberi gambaran buruk terhadap negara ini. Ramai yang mempersoalkan sama ada lokasi yang dikunjunginya terlalu tersorok sehingga tidak kedengaran azan atau tidak kelihatan masjid.
“Kepala otak dia lah. Di Malaysia merata kawasan boleh dengar azan even in areas majority non-Muslims adanya surau yg elok dijaga, azan tetap kuat,” luah seorang netizen dengan nada marah.
“Kalau dah belum masuk waktu, memanglah takde azan,” komen ringkas seorang netizen.
“Memang trending sekarang ni. Indon datang kat Malaysia untuk mengutuk. Pelik. Jalan raya laa. Tahi tak flush,” kongsi seorang netizen tentang peningkatan trend memburukkan Malaysia oleh segelintir individu dari negara seberang.
Selain itu, ada netizen yang berkongsi statistik jumlah masjid dan surau di Malaysia, menunjukkan terdapat 6,810 masjid dan 18,367 surau di seluruh negara. Jadi, timbul persoalan bagaimana boleh ada masalah ketiadaan azan di sini.
Video