Pelajar Indonesia Puji Makanan Dalam Pusat Beli-Belah Malaysia Murah dan Berbaloi
Sumber : Tiktok | @syffnadya
Malaysia sememangnya dikenali sebagai ‘syurga makanan’, dan bukan sahaja diakui oleh rakyat tempatan, malah turut disahkan oleh ramai pelancong luar negara.
Baru-baru ini, seorang gadis Indonesia memuji harga makanan dalam pusat beli-belah di Kuala Lumpur yang jauh lebih murah dan berbaloi berbanding di negaranya sendiri.
Dalam video berdurasi 1 minit 46 saat itu, pelajar Indonesia tersebut membawa penonton ke Medan Tuanku dan makan di sebuah restoran dalam pusat beli-belah.
Dia menunjukkan harga-harga pada menu yang sangat berpatutan dan saiz makanan yang diterima cukup mengenyangkan.
Video pelajar Indonesia itu mendapat perhatian ramai apabila ada netizen Malaysia sendiri yang tidak tahu tentang makanan murah yang dijual dalam pusat beli-belah.
Orang ramai turut gembira dengan gadis itu kerana dapat merasai salah satu nikmat makanan yang ada di Malaysia.
Netizen juga mengakui harga makanan di Indonesia agak mahal, walaupun dibeli dari warung tepi jalan. Jika dibeli dalam pusat beli-belah di negara itu, harganya pasti lebih mahal beberapa kali ganda.
Selain itu, seorang warga Indonesia turut memuji anggota PDRM kerana memberi layanan yang baik semasa melakukan pemeriksaan.
Video :