| |

[VIDEO] Netizen Perasan Mata Talita ‘Berkaca’ Menyanyi Lagu Kesetiaan – ‘Suara Macam Arwah Ibu Dia’

Sumber :  Instagram | @suciuwais

Anak kepada pelawak dan usahawan Shuib, Dzahira Talita Zahra, mencuri perhatian netizen di media sosial kerana menyanyikan lagu arwah ibunya, ‘Kesetiaan’.

Kena pandai kawal pernafasan

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Talita kelihatan begitu fokus mendalami setiap bait lirik lagu arwah ibunya, Siti Sarah. Menurut Talita, dia perlu pandai mengawal pernafasan jika mahu menjadi penyanyi suatu hari nanti.

“Atok pesan nak jadi penyanyi kena pandai kawal nafas.”

Di ruangan komen, Shuib memuji anak perempuannya itu kerana pandai memegang mikrofon dengan cara yang betul.

“Pandai anak daddy pegang mikrofon, dulu Ibu marah betul bila daddy menyanyi salah cara pegang mikrofon.”

Selain itu, Watie turut meninggalkan emoji berbentuk hati di ruangan komen.

Rata-rata netizen turut tersentuh melihat video tersebut. Menurut mereka, mata Talita kelihatan ‘berkaca’ saat menyanyikan lagu Kesetiaan itu.
Video :

https://www.instagram.com/reel/C7Oz4iCynYd/?utm_source=ig_web_copy_link

Similar Posts