Anak Murid Mengadu Ada Pergaduhan Dalam Kelas, Rupanya Nak ‘Surprise’ Hari Jadi Ustaz
Sumber : Tiktok | @pakostaz9
Setiap orang ada cara tersendiri untuk menunjukkan penghargaan, terutama kepada guru yang banyak berkorban demi mendidik kita.
Murid Prank Ustaz Konon Ada Pergaduhan
Baru-baru ini, tular di TikTok kisah seorang ustaz yang disambut hari lahirnya oleh murid-murid di sekolah agama. Pada mulanya, ustaz tersebut hairan melihat pintu sebuah kelas tertutup rapat.
Menurut ustaz tersebut, murid-muridnya tahu hari itu adalah hari lahirnya dan ada yang sudah memberitahunya tentang kejutan yang bakal dilakukan.
“Diorang tahu birthday saya hari ni.. dah bertutup kelas. Takpelah, layan jelah kita rekod je video ni sebagai kenangan.”
Kemudian, seorang murid perempuan mengadu ada ‘pergaduhan’ berlaku di dalam kelas sehingga ada pelajar yang tercedera.
“Waktu rehat tiba-tiba dorang report ada budak lelaki bergaduh sampai berdarah.”
Kumpul Duit Untuk Buat Surprise!
Sampai sahaja guru tersebut di pintu masuk, murid-murid dalam kelas itu terus melaungkan ucapan hari jadi bersama-sama. Mereka kelihatan gembira menyambut hari lahir guru itu sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ untuk cikgu tersayang.
Lebih terharu, murid-murid dalam kelas tersebut mengumpul duit bersama-sama untuk membeli barang hiasan bagi menyambut hari istimewa guru tersebut.
“Kumpul duit sama-sama beli belon buat birthday party. Lihatlah segala belon, topeng, bunyi semuanya… speechless.”
Ketua kelas tersebut memberikan ustaz hadiah jambangan bunga yang digubah sendiri. Kemudian, murid-murid dari kelas lain juga turut menyambut hari ulang tahun guru itu.
“Terima kasih meraikan saya. Saya tak minta pun semua ini tapi bersungguh awak buat untuk saya. Jangan lupa selitkan nama saya dalam setiap doa awak ya. Love you guys. Saya simpan sini sebagai kenangan kita sampai bila-bila.”
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat video tersebut dan memuji cara murid-murid tersebut menghargai guru mereka.
Video :