| |

PDRM Melaka Tawar Diskaun Saman 50% Sempena Hari Belia Negara (HBN) 2024 selama Dua Hari

Sumber :  Majlis Keselamatan Negara

Pada Sabtu dan Ahad ini, PDRM Melaka akan menawarkan diskaun saman sebanyak 50% kepada pesalah trafik di Dataran Pahlawan, Melaka. Diskaun ini diberikan bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat Kebangsaan.

Tawaran diskaun ini hanya untuk rakyat Malaysia yang hadir ke kaunter trafik yang dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

“Untuk melancarkan urusan dan mengelakkan beratur panjang, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan saman melalui portal atau aplikasi MyBayar PDRM terlebih dahulu,” kata Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah.

Beliau juga menyarankan orang ramai hadir sendiri ke kaunter dan tidak menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menjelaskan saman bagi mengelakkan penipuan.

Saman Yang Terkecuali

Diskaun ini hanya untuk kesalahan terpilih sahaja. Kesalahan berikut adalah TIDAK TERMASUK:

  1. Kesalahan melibatkan kemalangan.
  2. Saman berstatus ‘NON COMPOUNDABLE’.
  3. Saman Op Selamat.
  4. Bicara mahkamah.
  5. Memotong secara bahaya / memotong barisan.
  6. Menggunakan lorong kecemasan.
  7. Melanggar lampu isyarat.
  8. Memotong di garisan berkembar.
  9. Ubah suai ekzos.

Similar Posts