| |

Pelancong Asing Buat Konten Baca Ayat Al-Quran Depan Batu Caves Dikecam Ramai

Sumber :  Tiktok | @abdeentube

Seorang pelancong yang dikenali sebagai Abdeen dilihat membaca petikan surah al-Anbiya di depan kuil Batu Caves, yang menimbulkan kemarahan ramai.

Malaysia adalah negara berbilang agama, di mana setiap individu bebas memilih agama mereka sendiri, seperti Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Oleh itu, penting untuk setiap masyarakat menjaga adab agar tiada salah faham antara penganut agama berlaku.

Ini juga untuk memastikan keharmonian dalam negara sentiasa terjaga, supaya setiap individu dapat hidup dengan tenang dan aman.

Pelancong Baca Petikan Ayat al-Quran Depan Kuil Batu Caves

Baru-baru ini, tular di TikTok (@AbdeenTube) apabila seorang pengasas akademi membaca al-Quran, Abdeen, membaca petikan ayat dari kitab suci di depan kuil Batu Caves, Selangor.

Biasanya, konten Abdeen di media sosial adalah ‘social experiment’ dengan orang awam, sama ada mereka boleh membaca mana-mana ayat al-Quran ataupun tidak. Tetapi kali ini, Abdeen membacanya di depan kuil agama Hindu tersebut.

Abdeen dilihat membaca petikan surah al-Anbiya ayat 66, di mana Nabi Ibrahim berkata, “Mengapa kamu menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun, dan tidak (pula) mendatangkan mudarat kepada kamu?” di depan Tugu Dewa Muruggan.

PDRM Minta Laporan Polis

Sedang isu ini mendapat perhatian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi ciapan balas di Twitter (@PDRMsia) meminta individu bernama Diya untuk tampil ke balai polis berdekatan dan membuat laporan supaya tindakan lanjut boleh diambil.

Video : 

@abdeentube

[Ibrahim (Abraham)] said: “Do you then worship besides Allah, things that can neither profit you, nor harm you? Uff to you and to what you worship instead of Allah. Then will you not use reason?” #abdeen #share #tiktok #like #trending #arabic #arab #quran #tiktok #fyp #foryoupage #foryou #maleysia

♬ origineel geluid – AbdeenTube

Similar Posts