| |

[Video] “Jangan Overthink” – Wanita Ini Jelaskan Punca Sebenar Daun Bergoyang Tanpa Angin

Sumber :  Tiktok | @p_sharon_j

Wanita ini menggunakan pemetik api untuk membuktikan kenapa daun tersebut boleh bergoyang meskipun tiada angin yang dirasakan.

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba ada sehelai daun yang bergoyang sendiri sedangkan daun-daun lain tidak bergoyang.

Ramai orang pasti pernah melihatnya, bukan? Bahkan ada yang mengaitkannya dengan perkara mistik kerana biasanya ia berlaku di dalam hutan atau kawasan yang banyak tumbuhan.

Malah, ada juga individu yang mendakwa daun tersebut bergoyang kerana sedang berselawat. Wallahu A’lam.

Influencer tampil beri penjelasan kenapa daun bergoyang walau tak rasa ada angin

Bagaimanapun, seorang influencer wanita yang sering memuat naik konten mengenai kehidupan dan tumbuh-tumbuhan di dalam hutan telah tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Influencer terbabit, yang dikenali sebagai Karabaw Monster atau nama sebenarnya Priceal Sharon Jamain, menjelaskan bahawa daun-daun yang bergoyang sendiri sebenarnya disebabkan oleh angin.

Ada angin tapi terlalu sedikit hingga tak boleh dirasai manusia

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Sharon berkata angin tersebut tidak boleh dirasai oleh manusia, menyebabkan ramai orang menyangka daun itu bergoyang bukan kerana angin.

Anak jati Sabah itu membuktikan perkara tersebut dengan menghidupkan pemetik api berdekatan daun yang sedang bergoyang untuk mengetahui arah angin.

Sharon kemudiannya menghalang angin tersebut dengan menggunakan tangannya menyebabkan daun itu serta-merta berhenti bergoyang. Apabila tangannya dialihkan, daun itu kembali bergerak.

Menurutnya, kebanyakan daun yang bergoyang mempunyai bentuk bujur yang memanjang dan tumbuh secara rendang.

Jangan takut atau panik kalau jumpa daun yang bergoyang dalam hutan

Susulan itu, Sharon menasihati orang ramai agar tidak takut atau panik jika melihat daun yang bergoyang meskipun tidak merasai sebarang angin.

“Lain kali kalau nampak macam itu, jangan takut, jangan panik dan jangan fikir macam-macam terutamanya di dalam hutan sebab nanti kalau sudah takut boleh hilang pertimbangan.

“Dan bila sudah hilang pertimbangan, banyak perkara yang tidak baik boleh terjadi seterusnya,” katanya.
Video :

Similar Posts