| |

Cikgu Terharu Bekas Pelajar 12 Tahun Lalu Masih Beri Hadiah Ketika Sambutan Hari Guru

Sumber :  Tiktok | @azfaizalaziz

Seorang guru dikenali sebagai Cikgu Faizal berasa terharu dan terkedu apabila bekas murid yang diajar pada tahun 2012 masih memberinya hadiah semasa sambutan Hari Guru di sekolah.

Umum mengetahui bahawa pada 15 Mei yang lalu, telah berlangsungnya hari istimewa buat para pendidik sekolah iaitu Hari Guru.

Ramai cikgu dilihat berseronok menyambut hari tersebut bersama rakan seperjuangan yang lain. Mana tidaknya, itulah masa mereka untuk berehat seketika daripada sesi pengajaran.

Selain itu, ia juga adalah masa untuk anak murid menunjukkan penghargaan mereka kepada para guru yang banyak bersabar dalam mendidik mereka sebelum ini.

Cikgu Buka Hadiah Yang Banyak Diterima Ketika Sambutan Hari Guru

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@azfaizalaziz), apabila Cikgu Faizal sedang membuka segala hadiah yang diterimanya sewaktu sambutan Hari Guru beberapa hari lalu.

Bagi menghargai anak-anak didik yang membelanjakan duit poket untuk membeli hadiah, Cikgu Faizal telah memuat naik video membuka hadiah dan menyebut setiap satu nama pemberi.

Selalunya, para guru akan mendapat pen, kertas A4, cawan, makanan dan sebagainya. Tetapi kali ini, Cikgu Faizal menerima kipas tangan yang direka khas buatnya.

Perkara yang membuatkan Cikgu Faizal berasa terkejut adalah anak murid sanggup buat cetakan khas dengan meletakkan namanya di kipas berkenaan.

“Hebatnya. Terima kasih Azzahra. Pemberian awak ni saya akan simpan sampai bila-bila,” kata Cikgu Faizal.

Cikgu Faizal Terharu Bekas Murid 12 Tahun Lepas Masih Beri Hadiah

Apa yang lebih menyentuh hati Cikgu Faizal adalah apabila dia menerima hadiah daripada anak murid yang diajar pada tahun 2012. Ya, 12 tahun yang lalu.

Walaupun sudah melepasi satu dekad, bekas pelajar tersebut masih mengingati cikgu yang banyak mengajarnya sewaktu zaman muda.

Ramai Netizen Sifatkan Cikgu Faizal Seorang Yang Baik Hati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan guru tersebut sebagai seorang yang baik dan lemah lembut terhadap anak didiknya.

“Jarang cikgu lelaki dapat hadiah banyak. Ni mesti yang baik, kelakar, tak garang dengan anak-anak murid kan. Semoga cikgu sihat selalu,” kata seorang pengguna TikTok.

Ada juga yang berkata cara percakapan Cikgu Faizal yang lembut membuatkan anak murid menghargainya.

“Dari cara bercakap pun boleh tahu cikgu ni memang best. Patut la anak-anak murid sayang,” ujar seorang individu.

Sementara itu, ramai yang memuji cikgu tersebut kerana memberikan reaksi terbaik untuk setiap hadiah yang dibuka olehnya tidak kira besar atau kecil.

“Seronok tengok cikgu unboxing macam ni. Nampak cikgu tu excited happy. Kalau anak-anak yang tengok cikgu tu buka hadiah mesti mereka excited macam ni,” ujar seorang lelaki.

@azfaizalaziz

Unboxing Hadiah Hari Guru Part 3.. bila murid lama tiba2 muncul depan mata.:siap bawa hadiah, terkedu sekejap tau#KongsiBersama #cikgupenyayang #tiktokviral #kongsikebaikan #hariguru2024 #hariguru #fypシ゚viral #rayasekolah2024

♬ original sound – Cikgu Faizal – Cikgu Faizal

Similar Posts