“Itu Kubur Fake” – Kek Nan Jelaskan Aksi Langkah Kubur Hanyalah Lakonan
Sumber : Tiktok | @keknajudge
Baru-baru ini, TikTok menjadi kecoh dengan tindakan berani seorang wanita yang melangkah kubur berkali-kali hingga mendapat kecaman dari warganet.
Tindakan mereka bukan sahaja dianggap tidak beradab, tetapi pengguna TikTok juga melabel mereka sebagai kurang ajar dan tidak menghormati si mati.
Bagaimanapun, seorang wanita telah tampil memberi penjelasan mengenai video berkenaan dalam sebuah video TikTok.
Menurut @keknanjudge, atau lebih mesra disapa sebagai Kek Nan, video tersebut adalah untuk tujuan pemasaran semata-mata bagi sebuah filem pendek yang sedang dalam pembikinan.
Tambah Kek Nan, kubur tersebut adalah kubur palsu yang dibina sebagai prop untuk filem pendeknya yang bergenre seram.
“Saya ingin jelaskan mengenai video saya yang tular tentang saya dan rakan saya langkah kubur.
“Pertama sekali, kubur itu adalah kubur palsu. Kenapa palsu? Sebab sebenarnya kita sedang shooting di mana jalan ceritanya adalah mengenai dua orang kawan yang tidak percaya syaitan dan cuba untuk ‘bangkitkan’ jin.
“Minta maaf, saya tidak boleh dedahkan nama produksi yang terlibat. Ini tanggungjawab saya sendiri, saya post untuk tujuan pemasaran supaya orang akan tengok filem pendek kita,” jelasnya.
Kek Nan menjelaskan, ini bukanlah kali pertama dia membuat filem bergenre seram kerana dia sudah banyak kali membuat video pendek untuk dimuat naik ke YouTube.
“Jadi untuk filem pendek ini, kita buat kubur baru, dalam itu tidak ada orang. Tanah itu pun tanah lapang dan kita korek tanah, letak papan sebagai batu nisan supaya nampak macam kubur. Ini hanyalah untuk penggambaran semata-mata,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Kek Nan turut memohon maaf atas postingnya sebelum ini yang mungkin telah mengundang salah faham pelbagai pihak terhadap staf-stafnya.
“Benar, benda yang saya post itu mengundang fitnah, orang fikir kubur siapa pula yang dilangkah itu. Jangan risau, tidak ada orang pun dalam kubur itu. Kami masih tahu adab, tidaklah sampai hendak langkah kubur yang bertuan.
“Kepada masyarakat di sekitar tanah perkuburan yang kami shooting itu, saya juga ingin minta maaf sebab kami tidak ada niat untuk bersifat kurang ajar di tanah perkuburan tersebut. Cuma, kami jamin kubur itu hanyalah buatan semata-mata dan bukannya kubur manusia,” jelasnya.
Video :