“Kurang Kasih Sayang” – Beli 7 Bungkus Nasi Lemak, Pelanggan Sindir Penjual Bila Minta Diskaun Tapi Tak Dapat
Sumber : Tiktok | @hakaklawa_fyon
Menjadi peniaga bukan kerja senang, selalu kena hadap pelanggan yang pelbagai ragam, ada yang memang tak terima kasih. Tak kisahlah jenis perniagaan apa pun.
Ada yang minta harga murah padahal margin keuntungan sikit, lagi teruk ada yang buat sindiran pedas. Macam tu yang terjadi pada penjual nasi lemak ni.
Dalam video yang berdurasi 1 minit 42 saat tu, penjual tu cakap harga nasi lemak dan pelanggan tu pulak merungut kata mahal sangat.
Walaupun dia kutuk-kutuk makanan yang dijual, dia beli jugak dan try nak pujuk penjual bagi harga murah.
Sambil dia kasi nasi lemak tu dalam plastik, dia tak henti-henti merungut pasal harga makanan dan banding harga ikan bilis yang dia kata murah gila. Dia bagitau lagi yang dia biasa jual nasi lemak.
Dia pun cakap kasar suruh penjual jaga sikit harga kalau nak untung. Tapi walaupun permintaan tu ditolak, dia panggil penjual tu kedekut.
Lepas dapat duit balance, dia panggil penjual tu tak ikhlas berniaga dan blah.
Video tu dah dapat lebih daripada 200 ribu tontonan dalam sehari, ramai geram dengar cakap pelanggan ni.
Video :