Dapat 6A Dalam SPM, Anak Kak KM Terima Mercedes dan RM10,000
Sumber : Instagram | @farisanakmama
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menghadiahkan anaknya, Mohd Faris, wang tunai RM10,000 dan sebuah kereta Mercedes.
Ini sebagai penghargaan selepas Faris berjaya meraih keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kak KM menemani anaknya untuk mengambil slip keputusan peperiksaan SPM dan merasa sangat bangga dengan pencapaian anaknya itu.
Sebagai tanda penghargaan atas usaha keras Faris selama ini, Kak KM memberikan hadiah istimewa. Dalam video yang dimuat naik di media sosial, Kak KM menyerahkan kunci kereta dan cek bank kepada Faris. Dia berkata, “Faris, sempena kejayaan abang ini, hadiah pertama kereta, kedua RM10,000.. I love you, anak Mama.”
Tidak lama kemudian, Faris menerusi Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada ibunya, Kak KM, yang sentiasa menyokongnya.
Faris berkata, “Syurgaku, terima kasih kerana sentiasa support abang tanpa rasa penat atau lelah, sentiasa ada bila abang rasa susah dan sentiasa ada bila abang rasa keseorangan.
“Terima kasih sentiasa mendoakan abang, solat hajat untuk abang.. mama dah kasi abang segala-galanya dan tiada satu benda pun yang boleh membalasnya.
“Abang hanya mampu memberikan kebahagiaan dan senyuman kat mama.. tanpa doa dan berkat mama abang takkan dapat keputusan yang baik untuk SPM.
“Mamalah segalanya untuk abang, kasih sayangmu tidak ternilai dan tidak ada benda yang boleh menggantikannya…cintaku,” tulis Faris.