| |

Gadis Kongsi Pengalaman Derita Hidap Penyakit Kanser Limfoma – “Kuatnya Dia”

Sumber :  Tiktok | @ireumdilalalala

Dalam hidup ini, bukan semua yang kita lalui itu indah-indah belaka. Kadangkala, kita ditimpa ujian dan dugaan dalam hidup. Namun, perkara itu tidak menyebabkan kita berputus asa begitu saja.

Seperti kisah yang tular di TikTok, seorang gadis berkongsi pengalaman deritanya menghidap penyakit kanser limfoma.

Kongsi Pengalaman Manis dan Pahit Sepanjang Hidup

Gadis bernama Dila Afdhilla berkongsi pengalamannya melalui sebuah video yang dimuat naik di TikTok. Sebelum dia menghidap penyakit kanser, hidupnya sangat ceria dan semuanya baik-baik saja. Dia menjalani kehidupannya seperti biasa.

Namun, Dila kemudian mendapati dirinya menghidap penyakit kanser limfoma. Apabila dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan kansernya berada di tahap kedua. Setelah menerima macam-macam rawatan, dirinya tidak menunjukkan sebarang tanda positif. Malah, rambutnya gugur disebabkan rawatan kemoterapi.

Sampailah satu tahap, dirinya berpeluang untuk membuat stem cell transplant. Badannya menunjukkan tanda positif dan dia kembali pulih sedikit demi sedikit.

Mendapat Sokongan dan Semangat

Menerusi video itu, banyak pengalaman pahit dan derita yang dikongsikan sehingga membuat ramai sebak. Walaupun begitu, ramai yang memberi sokongan dan semangat untuk dirinya atas keberanian dan ketabahannya.

“Sangat kuat dan tabah dia ni, semoga sis cepat sembuh. Amin,” kata seorang netizen yang turut memberikan semangat.

Pengalaman Dila ini memberi inspirasi kepada ramai orang, menunjukkan bahawa walaupun ditimpa ujian berat, semangat juang dan sokongan orang sekeliling dapat membantu kita menghadapi apa jua cabaran.
Video :

Similar Posts