Sebak Keputusan SPM Tak Capai ‘Target’ Diharapkan, Ibu Tetap Hadiah Pelukan Buat Anak
Sumber : Tiktok | @tyqis1
Semalam, 27 Mei, adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, apabila keputusan peperiksaan diumumkan.
Ramai calon berkongsi pelbagai momen selepas mengetahui keputusan mereka. Ada yang gembira, dan ada juga yang kecewa. Namun, SPM bukanlah penamat kepada kejayaan masa depan. Masih banyak lagi peluang yang menanti mereka. Yang paling penting adalah sokongan daripada ibu bapa.
Seperti dalam video di TikTok ini, seorang gadis berkongsi momen kecewa selepas melihat keputusan SPM miliknya.
Ibu Tetap Bangga dengan Keputusan SPM Anak
Dalam video tersebut, kelihatan seorang gadis yang agak sedih selepas melihat keputusan SPM yang tidak mencapai sasaran yang diharapkannya.
Meskipun begitu, ibunya yang menemani tetap bangga dengan usaha anaknya itu dan memberikan pelukan sebagai tanda sokongan dan kasih sayang.
Momen sebak bermula apabila si ibu cuba menenangkan dan memberikan kata-kata positif untuk menaikkan semangat anaknya.
“Tak capai target but ibu still sangat proud with my result, kecewa sikit tapi still bersyukur,” tulis gadis itu dalam video tersebut.
Keputusan SPM mungkin tidak seperti yang diharapkan, namun sokongan dan kasih sayang daripada ibu bapa tetap menjadi penguat semangat untuk terus maju ke hadapan.
Video :