| |

Tidak Benar & Fitnah! Qawiy Nafi Terlibat Jenayah Gangguan Seksual

Sumber :  Oh Bulan

Pempengaruh terkenal, Abdul Qawiy Abd Rashit atau lebih dikenali sebagai Qawiy, yang popular dengan video ‘tebuk’ mengaji di jalanan, menafikan dakwaan terlibat dalam jenayah gangguan seksual seperti yang tular di media sosial.

Tidak benar & fitnah

Menurut Qawiy, dakwaan yang viral itu adalah tidak benar sama sekali dan merupakan fitnah. Tambah Qawiy, pada mulanya dia tidak mahu memberi sebarang komen atau kenyataan mengenai isu yang berbangkit. Namun, bagi mengelakkan salah faham dan fitnah, dia terpanggil untuk memberi penjelasan.

“Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di laman sosial tentang Qawiy. Sepatutnya Qawiy tak perlu pun balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ini dan untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, Qawiy perlu jelaskan di sini kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di laman sosial adalah tidak benar dan fitnah.

Semoga kita semua dirahmati Allah SWT, terima kasih.”

Sejak beberapa hari lalu, tular di platform X laporan polis seorang individu yang menyatakan Qawiy memintanya melakukan perkara tidak senonoh ketika berhubung menerusi panggilan video. Selain itu, Qawiy juga didakwa menghantar mesej berbaur lucah dan cuba meraba individu tersebut ketika mereka keluar bersama.

Bukan setakat itu, seorang pengguna platform X melalui ciapannya turut menulis surat terbuka kepada Qawiy, mendakwa menerima kiriman mesej daripada pempengaruh berkenaan yang mahu memfailkan saman terhadapnya kerana terasa dengan satu kenyataan yang dikeluarkan.

Pengguna platform X itu juga mendakwa dimaki hamun oleh golongan yang digelarkannya pentaksub Qawiy dan menuntut pempengaruh berkenaan melakukan sumpah laknat bagi menafikan perbuatannya.

Sumber : Oh Bulan

Similar Posts