[Video] Hilang Ibu Tersayang, Lelaki Terduduk & Menangis Depan Kubur Buat Ramai Sebak
Sumber : Tiktok | @milokotaknibos
Seorang lelaki dilihat menangis sambil terduduk di depan pusara arwah ibunya di sebuah tanah perkuburan di Tangkak, Johor.
Ibu bapa adalah insan paling dekat dalam kehidupan seorang anak. Ikatan yang terbina sejak kecil selepas dibesarkan oleh mereka membuatkan kita takut untuk kehilangan mereka.
Namun begitu, sudah menjadi lumrah dunia bahawa setiap yang hidup pasti akan pergi satu hari nanti.
Anak Terduduk Depan Kubur Ibu
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@milokotaknibos) yang menyaksikan situasi hiba di sebuah tanah perkuburan di Tangkak, Johor.
Difahamkan, seorang ibu dikenali sebagai Nawiyah Haji Jemberang telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad lalu (26 Mei).
Situasi menjadi lebih sebak apabila anak lelaki arwah dilihat terduduk di depan kubur ibunya selepas proses pengebumian selesai.
Lelaki tersebut kelihatan amat sedih dan terkilan dengan pemergian ibu tercinta. Selepas dipujuk oleh ahli keluarga di sekelilingnya, barulah lelaki berkenaan mempunyai kekuatan untuk berdiri.
“Terputus sudah doa dari seorang ibu. Dugaan paling berat. Memang tiada kekuatan. Terima kasih keluarga terdekat bagi sokongan moral,” kata anak lelaki tersebut.
Anak Lelaki Kongsi Momen Bersama Ibu
Menerusi hantaran lain, anak lelaki itu turut berkongsi beberapa momen bersama arwah sebelum ini. Dari menaiki motosikal, menikmati juadah bersama, hingga menunaikan umrah.
Melihat foto-foto tersebut, jelas terpapar keakraban antara si anak dan ibunya.
Netizen Sebak Lihat Anak Meratapi Pemergian Ibu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan simpati melihat ujian yang dihadapi oleh lelaki itu.
“Aku baru tengok (video) sekejap dah berair mata, Ya Allah kuatnya mereka,” ujar seorang wanita.
Ramai warganet juga berkata mereka tidak akan bersedia untuk detik seperti itu, kehilangan orang tua buat selama-lamanya.
“Mak aku makin tua. Aku belum mampu bahagiakan dia. Makin hari, aku makin takut kehilangan mak,” kata seorang lelaki.
Ramai juga menitipkan pesanan dan doa agar anak lelaki tersebut sentiasa tabah dengan ujian yang dilaluinya.
“Semoga Allah SWT berikan kau kekuatan untuk hadap kehilangan ini dan berikan ketenangan untuk melepaskan jasad ibu,” jelas seorang pengguna TikTok.
Banyak yang turut berkongsi pengalaman sama dan ujian yang perlu dilalui selepas pemergian ibu bapa.
Buat mereka yang masih mempunyai ibu bapa di sisi, berbakti dan hargailah selagi mereka masih ada. Kepada ibu bapa yang telah menghadap Tuhan Yang Maha Esa, jangan putus sedekahkan doa buat mereka.
Video :
Video :