| |

“Seram Betul! Beruntung Tak Terjadi Apa-apa” – Ibu Ceritakan Pengalaman panik Anak Autistik Panjat Balkoni nak ke rumah Jiran

Sumber :  Tiktok | @sarahnursuhaimi

Sarah Suhaimi, ibu kepada seorang anak autistik berusia 14 tahun, berkongsi kisah ketakutannya apabila anaknya memanjat pagar di balkoni flat untuk menziarahi jiran sebelah.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak autistik, tentu mereka sedar bahawa setiap anak mempunyai ragamnya tersendiri, tidak sama seperti kanak-kanak biasa.

Individu yang menghidap autisme memerlukan perhatian ekstra terhadap tingkah laku dan aktiviti mereka di mana sahaja mereka berada.

Ini kerana, kekurangan perhatian boleh membawa risiko kerana mereka mungkin tidak sedar akan tindakan mereka sendiri.

Sarah berkongsi detik genting tersebut di platform TikTok (@sarahnursuhaimi), di mana anaknya Caliph, yang juga autistik, terlibat dalam kejadian itu.

Caliph telah memanjat pagar balkoni dan berjalan ke rumah jiran di sebelah, menimbulkan kebimbangan akan keselamatan kerana ketinggian flat tersebut.

Namun, nasib baik Caliph selamat tanpa kejadian buruk berlaku. Selepas insiden itu, Sarah bertanya kepada Caliph tentang apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun, Sarah mengingatkan Caliph supaya tidak mengulangi tindakan itu lagi kerana berisiko jatuh dari ketinggian balkon flat mereka.

Netizen yang membaca perkongsian Sarah turut berasa risau dan memberikan komen penyertaan mereka, mengharapkan keselamatan bagi Caliph dan anak-anak autistik lainnya.
Video :

Similar Posts