[Video] Ibu Terpaksa Berpisah Dengan Anak Kerana Kerja Di Luar Negara Buat mata Netizen berkaca
Sumber : Tiktok | @masching77
Melalui ruangan komen, ibu tersebut memberitahu bahawa dia bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi dan terpaksa meninggalkan anak kecilnya yang bersekolah di Malaysia.
Sudah menjadi tanggungjawab semua ibu bapa untuk keluar bekerja demi menyara keluarga. Malah, ada yang terpaksa berpisah jauh dengan keluarga dan anak-anak disebabkan tempat kerja yang jauh. Walaupun berat dan perit, mereka tetap gagahi demi ekonomi keluarga.
Wanita terpaksa berpisah dengan anak kerana kerja Situasi sama dialami oleh seorang wanita ini yang terpaksa meninggalkan anak lelakinya yang masih kecil di Malaysia kerana tuntutan kerja. Dalam video yang dikongsikan oleh @masching77 di TikTok, kelihatan wanita itu sedang memujuk anak lelakinya yang berusia lima tahun daripada menangis.
Jelas wajah ibu sebak kerana terpaksa tinggalkan anak Dia memegang wajah anak kecil itu sambil memujuk sebelum memeluknya. Riak wajah si ibu jelas menunjukkan kesedihan ketika ingin berpisah dengan anaknya. Walaupun dipujuk, kanak-kanak tersebut tetap berasa sedih dan menangis apabila memikirkan ibunya yang akan pergi jauh meninggalkannya.
Setiap hari bersama selama tiga bulan tak bertugas Ibu tersebut tetap tidak berputus asa memujuk anaknya. Kelihatan juga nenek kanak-kanak itu cuba memujuknya, tetapi dia masih menangis dan mahukan ibunya. “Tiga bulan mommy tak bertugas, setiap hari duduk dengan abang Aryan. Ini adalah selamat tinggal yang sangat berat untuk Aryan dan mommy. Abang Aryan duduk dengan daddy okay, nanti mommy balik. Maaf abang Aryan kerana terpaksa berpisah lagi. Tapi mommy tahu abang Aryan kuat. Abang Aryan tahu mommy pergi untuk kerja. Untuk masa depan abang dan adik. Jumpa lagi akhir tahun ini sayang,” tulisnya di kapsyen.
Bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi Di ruangan komen, Masching memberitahu dia terpaksa meninggalkan anaknya kerana bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi. Difahamkan, Masching tidak bertugas selama tiga bulan kerana cuti bersalin pada Ramadan lalu.
Perkongsian Masching mendapat perhatian ramai yang tersentuh melihat dua beranak itu terpaksa berpisah. Ramai juga memberi semangat kepada Masching, mengatakan dia adalah seorang wanita yang kuat dan mendoakan agar suatu hari nanti mereka dapat duduk bersama.
“Pengorbanan setiap ibu tak sama. Ada yang rela berhenti kerja untuk jaga anak. Ada yang sanggup berjauhan dengan anak untuk berikan masa depan yang lebih baik. Kita jangan menilai orang.”
Video :