Hampir Sebaya Dengan Bakal Bapa Mentua, Netizen Terkejut Lelaki Ini Masih Awet Muda
Sumber : Tiktok | @z_bolkiah
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zack telah menarik perhatian netizen di media sosial selepas mendedahkan perbezaan usia antara dia dan bakal bapa mentuanya yang hanya lima tahun.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zack di TikTok, dia kini berusia 39 tahun manakala bakal bapa mentuanya berusia 44 tahun.
Dalam perkongsian tersebut, Zack mengumumkan bahawa dia telah selamat bertunang dengan gadis pilihannya yang berusia 19 tahun dalam sebuah majlis yang sederhana.
Zack sangat bersyukur kerana bakal ibu dan bapa mentuanya sangat baik walaupun jarak usia mereka hampir sebaya.
“Beza umur dengan bapa mentua lima tahun je. Bakal ibu mentua pula beza setahun. Alhamdulillah dapat bakal mak dan bapa mentua yang baik, itu pun satu rezeki,” ujarnya.
Netizen Puji Awet Muda Zack
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terkejut dan tidak percaya usia sebenar Zack memandangkan wajahnya kelihatan muda, persis jejaka berusia awal 30-an.
Tahniah!
Selain itu, ramai yang menzahirkan ucapan tahniah buat Zack dan pasangannya atas pertunangan mereka, serta berharap urusan untuk menghalalkan hubungan tersebut dipermudahkan.
Video :