Lepas Kes Gangguan Seksual, Bekas Kekasih Influencer Islamik Pula ‘Spill Tea’?
Baru-baru ini, tular di media sosial X mengenai pendedahan seorang individu yang mendakwa seorang influencer islamik terkenal terlibat dalam kes gangguan seksual.
Influencer Nafikan Tuduhan
Walau bagaimanapun, selepas isu ini tersebar, influencer tersebut memuat naik kenyataan menafikan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah.
Bekas Kekasih Pula ‘Spill Tea’?
Isu ini kembali hangat apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih influencer itu tampil membuat kenyataan. Menurut perkongsian wanita itu di IG story, dia mendakwa pernah bercinta dengan influencer tersebut sehingga merancang untuk bertunang sebelum hubungan mereka putus di tengah jalan.
Wanita ini juga memuat naik sijil kursus kahwin yang diambil bersama influencer tersebut sebagai bukti, serta memaparkan perbualan WhatsApp dengan ibu influencer sehari selepas merisik.
“Ada sebab kenapa saya baru sekarang bersuara, dan saya rasa dia pun tahu sebab apa,” katanya di IG story.
Dia turut menambah, “Ada sebab saya cakap jangan nafikan tu semua fitnah. Saya hanya mahu dia bersemuka dengan saya, itu saja.”
Wanita itu juga menafikan mengenali individu yang menularkan isu ini di X. “Saya tak ada niat untuk menjatuhkan dia tapi cara mereka terlalu kurang ajar dan patut diajar,” kata wanita itu lagi.
Tiada Kenyataan Balas
Setakat artikel ini ditulis, influencer berkenaan masih belum memberi kenyataan balas berkenaan isu ini.