| |

[Video] Bawa Ibu Naik Pesawat ‘First Class’, Kebaikan Nubhan Buat Ibu Raih Pujian

Sumber :  Tiktok | @nubhan86

Ibu kepada Nubhan, Badariah Omar atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny, dilihat cuba menyesuaikan diri pada tempat duduknya ketika menaiki penerbangan kelas pertama.

Tak kira panggilan kita kepada ibu — mak, bonda, mama, mummy, atau apa sahaja — mereka semua memegang keistimewaan yang sama iaitu syurga di bawah tapak kaki mereka.

Islam juga mengajar kita untuk mengutamakan ibu kerana mereka telah berkorban selama sembilan bulan mengandung, melahirkan, dan membesarkan kita.

Bila kita dah dewasa, kita masih perlu menjaga kebajikan orang tua kita walaupun sibuk dengan kerja dan sudah ada keluarga sendiri.

Nubhan Belikan Tiket Penerbangan ‘Business Class’ Untuk Keselesaan Ibu

Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok (@nubhan86), penyanyi tempatan Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 38, menunjukkan situasi ketika dia menaiki kapal terbang kelas mewah bersama ibunya.

Mak Jenny cuba menyesuaikan diri pada tempat duduknya yang besar. Nubhan juga menasihati ibunya untuk bersabar dan tidur ketika penerbangan yang dianggarkan mengambil masa sekitar 12 jam.

Nubhan membantu ibunya membetulkan kedudukan untuk baring pada tempat duduk peribadinya. Walaupun Mak Jenny berasa tidak bimbang dengan pergerakan kerusi, Nubhan terus sabar melayan kerenah ibunya itu.

Sebagai anak yang baik, Nubhan juga menemani ibunya ketika makan sebelum memberikan ubat. Sementara menunggu penerbangan tiba ke destinasi, Mak Jenny kembali sambung tidur.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan berjaya meraih 1.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Netizen Tumpang Gembira Lihat Cara Layanan Nubhan Kepada Ibunya

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan pujian kepada Nubhan selepas melihat cara dia melayan ibunya dengan penuh baik, termasuk membelikan tiket penerbangan kelas mewah untuk keselesaan ibu.

“Anak yang baik Nubhan ni jaga mak dia istimewa. Semoga Allah SWT sentiasa merahmatinya,” komen seorang netizen.

Pengguna media sosial lain turut bersetuju bahawa kesabaran yang tinggi sangat diperlukan bila membawa orang tua berjalan-jalan, terutama untuk perjalanan yang jauh.

“Kalau berjalan dengan orang tua ni kena banyak bersabar dan bawa apa yang perlu sebagai persediaan seperti minyak angin, tisu kering, tisu basah, dan biskut untuk alas perut kalau mereka lapar,” kata seorang lagi netizen.

Orang ramai juga berpesan agar kita semua berbakti kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup.
Video :

Similar Posts