| |

Kongsi Detik Keluarga Berkumpul, Abby Abadi, Memey Suhaiza & Marissa Dah Berdamai

Sumber : Instagram | mamayebbyyabadi

Isu perkahwinan anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, iaitu Marissa Dania dengan pasangannya, Aslam, yang hangat diperkatakan sebelum ini, dilihat memberi kesan terhadap hubungan Abby Abadi dan Norman Hakim serta anak mereka.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali jernih setelah Abby Abadi menunjukkan dirinya meluangkan masa bersama keluarga ‘besar’ itu. Dalam perkongsian tersebut, Abby Abadi, suami, Memey Suhaiza, dan Marissa bersama anak-anak mereka termasuk Marissa dan Aslam juga dilihat bersama.

“Bukan untuk menang, kalah… Tapi tentang bagaimana mengatasi ujian-ujian yang ALLAH hadirkan agar kasih sayang keranaNYA takkan terus terpadam… Alhamdulillah, masih ada kesempatan. Terima kasih ALLAH untuk segalanya,” tulis Abby.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan sokongan moral kepada Abby yang membuka hatinya untuk menerima Aslam. Bahkan, ada juga yang memuji sikap Aslam yang dikatakan adil dalam memberi layanan kepada kedua-dua isterinya.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Perkara pun dah terjadi, harap tak ada lagi persengketaan. Amin.


Video : Instagram | mamayebbyyabadi

Similar Posts